TERSENYUM dan ketawa jadinya melihat aksi dan keletah tiga orang nenek dalam video yang dibawakan oleh Hotlink sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Idea iklan ini bukan sahaja comel dan lucu malah sarat dengan pelbagai mesej yang ingin disampaikan.
Pemilihan tiga nenek yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India ini  berjaya melambangkan keamanan dan kesatuan rakyat Malaysia.
Aksi nenek-nenek ini menyanyikan lagu rap yang mempunyai mesej mengenai amalan tradisi mesti dikekalkan meskipun dunia sudah maju dan moden ini amat mencuit hati.
Apa boleh dikatakan, ini adalah salah satu video wajib perayaan yang harus anda tonton! – MYNEWSHUB.CC