Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tak Pernah Masuk...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah di Jabatan Pengurusan Tukaran Asing Bank Negara Malaysia (BNM)...

KKM nafi stok ubat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan dan khabar angin yang...

Kerajaan Pertimbang Jual Saham...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjual saham dalam Petronas kepada negeri-negeri...

Bertemu Artis Kesayangan Sehari...

GAGE Garmo adalah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menderita barah tulang dan ketika dia diberitahu oleh doktor hanya mempunyai waktu kurang dari seminggu untuk hidup, dia memberitahu teman dan keluarganya bahawa keinginan terakhirnya adalah bertemu Rapper terkenal, Eminem yang diminatinya.

VIDEO: Pekerja Sembelihan Halal Dikecam, Zalimi Biri-Biri

EMPAT pekerja di rumah penyembelihan halal Bowood Lamb Thirsk di North Yorkshire, England digantung lesen operasi selepas kamera tersembunyi merakam perbuatan mereka menzalimi haiwan di sana, lapor Daily Mail.

Rakaman dilakukan oleh kumpulan hak asasi haiwan Animal Aid dengan meletakkan kamera tersembunyi secara rahsia selama tiga hari pada Disember 2014 lalu.

Susulan itu Agensi Standard Makanan (FSA) kini meneliti rakaman tersebut beserta amaran bahawa ‘tidak ada alasan untuk haiwan dilayan seperti dalam video itu’ dan proses pendakwaan akan menyusul.

Video yang kini viral itu menerima kecaman masyarakat sejagat termasuk umat Islam kerana ia bukanlah kaedah penyembelihan halal yang betul seperti dianjurkan Islam.

https://www.youtube.com/watch?v=9G6O-sjwyjo

Antara kekejaman yang mengundang kemarahan penonton dalam video di atas adalah pekerja dilihat menggunakan alatan menyembelih tak cukup tajam hingga memerlukan sampai lima kali cubaan untuk memutuskan urat leher biri-biri sekaligus menzalimi haiwan tersebut.


Mereka turut dilihat menendang, memijak, memukul dan menakutkan biri-biri dengan mengasah pisau dan melakukan penyembelihan di depan haiwan lain, perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.

ad_158635652

Apa yang boleh dikatakan, puak-puak macam inilah yang menyemai stigma negatif tentang Islam kepada penganut agama lain…jadi eloklah bagi je hukuman berat-berat sikit atas kezaliman yang telah dilakukan mereka.

Itu belum masuk bab sama ada sembelihan yang dilakukan mereka benar-benar boleh dikira halal… -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

  • Lagi berita berkaitan:
  • kejam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori