Kotor, busuk, selekeh dan pemalas.
Itulah gelaran-gelaran sinonim diberikan kepada golongan gelandangan.
Malah sesetengah masyarakat memandang jijik kepada golongan tersebut, mungkin ada yang dengan mudah menuduh mereka penjenayah mahupun perosak imej negara.
Sebenarnya, golongan ini juga manusia biasa yang perlu dihormati dan berhak menerima layanan baik.
Jelasnya, fitrah seorang manusia mahukan kehidupan sempurna namun mereka mungkin tidak begitu bernasib baik seperti orang lain.
Melalui sebuah video yang dibawakan oleh ToolBox Film, Union Rescue Mission bekerjasama dengan tukang gunting bernama Tim Doma bagi melakukan khidmat masyarakat memotong rambut beberapa gelandangan di atas sebuah bangunan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hasilnya mampu mengubah persepsi kita.
Kini imej mereka langsung tidak seperti orang gelandangan, haa barulah kacak.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd