ANDA tahu kerusi boleh laras yang anda duduk mengalami kerosakan jika ia tiba-tiba menjadi semakin rendah daripada ketinggian asalnya.
Namun, itu bukanlah masalah besar jika ia berlaku di pejabat atau rumah kerana anda boleh menukarnya kepada kerusi lain bila-bila masa sahaja.
Tetapi apabila situasi tersebut terjadi kepada pengacara sebuah program Korea, Kim Jae Won sewaktu sedang bersiaran secara langsung di televisyen, dia tidak dapat melakukan apa-apa selain pasrah dengan apa yang berlaku.
Biarpun menyedari dirinya semakin ‘tenggelam’, dia cuba untuk tidak mengendahkannya sehinggalah rakan pengacaranya, Kim Sol Hee menegurnya secara spontan.
“Kenapa awak jadi semakin rendah,” tegur Sol Hee sekaligus menyebabkan Jae Won tidak dapat menahan ketawanya.
“Badan saya mungkin terlalu berat untuk kerusi ini,” jawabnya.
Rakaman lucu itu kemudiannya dimuatnaik ke laman YouTube dan sehingga kini sudah ditonton lebih sejuta kali oleh netizen. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=fkCkpXaIBSQ#t=52
Oleh: Elza