Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dasar Hati Kering.. Janin...

Allahuakbar.. tak habis-habis lagi kisah buang bayi di negara tercinta kita ini.Apa yang...

Ribut Petir Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Ribut petir dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini di perairan...

Sabah, Sarawak Nikmati Lebih...

PUTRAJAYA - Lebih separuh atau 52.50 peratus daripada RM3.689 bilion jumlah keseluruhan peruntukan...

Tembelang ‘Teman Lelaki Idaman’...

CHINA - Seorang lelaki disanjung sebagai hero selepas menyatakan kesanggupan beliau untuk menjaga...

Video: Madonna Jatuh Tergolek Di Pentas Brit Awards 2015

PENAMPILAN Madonna memang sentiasa dinanti-nantikan peminat dalam setiap majlis anugerah yang diadakan.

Namun, Madonna melalui satu episod memalukan dalam sejarah kariernya apabila terjatuh tergolek ke belakang di atas pentas Brit Awards 2015 yang berlangsung di O2 Arena, London, sebentar tadi.

Insiden berlaku selepas kain ‘cape’ yang dipakai Madonna tidak habis lagi dibuka tetapi penari-penari iringannya sudah menarik kain itu terlebih dahulu.

BRIT Awards 2015 - Show

Berbekalkan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri seni, Madonna kelihatan tenang dan terus kembali menyanyi seperti biasa seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum itu.

Dalam nada jenaka dia berkata bahawa rekaan ‘cape ‘ dari Armani itu telah mengenakannya.


“Armani telah kenakan saya! Cape yang cantik itu diikat terlalu ketat! Tetapi apa pun ia tidak dapat menghalang saya dan kasih sayang anda sangat memberikan dorongan buat saya.

“Terima kasih untuk ucapan anda kepada saya, I’m fine! #livingforlove,”petikan kata-kata Madonna di Instagramnya beserta illustrasi busana yang digayakannya ketika insiden tersebut berlaku.

Salute lah! – MYNEWSHUB.CC

madonna1

https://www.youtube.com/watch?v=bcBo_nOQuVs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori