Sekiranya anda dihidangkan dengan sejumlah makanan yang mempunyai 10 ribu kalori, mampukah anda menghabiskan?
Melalui portal Stomper, seorang pengguna Youtube yang menggunakan nama akaun Zermatt telah melakukan eksperimen tersebut.
Beliau telah memesan 20 ketul ayam KFC, 24 ketul nugget, 12 tart telur, 8 cawan kentang lenyek dan sebotol air pepsi 1.5 liter.
Saksikan bagaimana pemuda yang mempunyai badan sado mampu menghabiskan sejumlah makanan tersebut.
Dalam 45 minit, pemuda yang berasal dari Singapura ini mampu untuk menghabiskan sejumlah makanan tersebut dan di penghujung video didapati 6 packnya telah ‘hilang’ selepas makan.
Seramnyer!-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Stomp
Oleh: hzqahmd