Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelaburan China Di Malaysia...

BEIJING - Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan...

Mohon UMNO Pusat Batal...

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat...

Soalan Popular – Simpanan...

SOALAN POPULAR - SIMPANAN SYARIAH KWSP : ULASAN TAHAP ORANG AWAM 1. Mengapa Sekarang...

Grab, Razer, AirAsia Antara...

KUALA LUMPUR - Kumpulan perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab; firma perjudian, Razer; AirAsia; syarikat...

VIDEO: Suasana Kecoh Lepas Anwar Disabit Bersalah

SELEPAS Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, suasana di sekitar pekarangan Istana Kehakiman menjadi kecoh dengan provokasi dibuat penyokong pemimpin pembangkang terbabit.

Seramai 2,000 penyokong berhimpun di pintu belakang Istana Kehakiman sambil melaungkan pelbagai slogan sebagai tanda membantah keputusan mahkamah.

Tindakan provokasi mereka menyebabkan khidmat pasukan pencegah rusuhan (FRU) diperlukan bagi mengelak daripada berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

DSC02523

Penyokong turut menghalang laluan keluar van polis yang dipercayai membawa Anwar untuk dibawa terus ke Penjara Kajang.

Berdasarkan pemerhatian, ada ibu bapa sanggup membiarkan anak-anak kecil mereka berpanas kononnya demi menuntut keadilan yang ingin ditegakkan untuk seorang individu yang dianggap tidak bersalah.


Malang sekali apabila keputusan mahkamah bukan sahaja tidak dihormati malah dihina dengan slogan ‘tiada keadilan’, ‘mahkamah bodoh’, ‘polis anjing’ dan pelbagai lagi tohmahan hanya kerana seorang Anwar yang sudah dibuktikan bersalah.

Kekacauan ditimbulkan penyokong Anwar hanya memburukkan lagi nama negara di mata dunia sementelah kes ini turut dipantau oleh media-media antarabangsa yang ikut berkampung di Istana Kehakiman sejak kes ini mula dibicarakan.

Sepatutnya penyokong Anwar meletakkan kepentingan negara nombor satu berbanding pemimpin yang menggunakan rakyat untuk kepentingan politik peribadinya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=NVotcEsGN1A&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=WS39lC6_JVs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori