ALAHAI…nak tergelak pun ada kami melihat video pergaduhan ini.
Tapi itulah hakikat yang perlu diterima pada zaman sekarang.
Telefon bimbit ternyata menjadi senjata yang cukup berbisa untuk merakamkan aksi gaduh sesama sendiri sebelum dimuatkan ke laman sosial masing-masing.
Biasanya yang dirakam itulah yang dikatakan ‘jahat’ manakala si perakam pula ‘mangsa’ keadaan.
Sudahnya, kedua-dua pihak perlulah merakam agar masing-masing ada bukti bahawa merekalah mangsa seperti yang dapat anda saksikan dalam video ini.
Sekali tengok dah macam tarian pulak…hmm! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Elza