PELAKON Nora Danish mengakui dia kini takut untuk keluar dari rumah berikutan video ugutan mahu menyerang mahkamah yang menggunakan wajahnya tersebar sehingga menjadi viral, baru-baru ini.
Menurut Nora buat masa ini dia lebih senang menghabiskan masa di rumah sekiranya tiada sebarang urusan penting dan hanya akan keluar ditemani oleh ahli keluarga atau pun teman rapatnya.
“Kes itu memang menakutkan sehingga saya berasa takut untuk keluar rumah dan sekiranya perlu berbuat demikian saya akan pastikan ada orang menemani saya.
“Atas sebab itu juga saya buat laporan polis tempoh hari kerana bimbangkan keselamatan diri saya,” ujar aktres berusia 33 tahun ini kepada portal mStar.
Sebelum ini, satu video berdurasi lebih kurang seminit menampilkan empat lelaki bertopeng hitam tersebar luas di media sosial.
BACA: VIDEO: Budak-Budak Berangan ISIS, Nak Letup Mahkamah M’sia
Dalam video tersebut salah seorang daripada lelaki bertopeng tersebut memegang kertas yang tertera gambar Nora Danish sambil mengancam mahu menyerang mahkamah, pada 18 Februari lalu.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kes tersebut, Nora menyatakan dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=FaGbT0sfPIo