Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Tun M Konon...

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Tun...

Muzium Peringati Pengarah Yasmin...

BAGI peminat karya pengarah tersohor Yasmin Ahmad, kini anda boleh meneroka dengan lebih...

Sukar Bercakap, Kesihatan ‘Mr....

KEADAAN kesihatan tonggak utama drama drama, Mr. Grey iaitu Fendy Bakry yang dilaporkan...

Kes Liwat II: Penantian...

PETALING JAYA -ƃā€šĆ‚Ā Ćƒā€šĆ‚Ā Penantian selama tujuh tahun oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung...

Wan Azizah Ganti Anwar Pengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan dipengerusikan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berikutan ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok di penjara atas kesalahan meliwat.

Majlis Setiausaha PR dalam satu kenyataan media memberitahu, Majlis Pimpinan PR yang bakal menemukan pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS itu dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2015.

“Majlis Setiausaha PR yang bermesyuarat semalam telah membincangkan beberapa program penerangan kepada masyarakat. Program ini akan dibentangkan dalam Majlis Pimpinan PR itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Setiausah Agung PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Majlis Setiausaha PR dalam pada itu memaklumkan mahu merapatkan semula hubungan di antara PKR, PAS dan DAP yang tergugat dengan beberapa isu sejak kebelakangan ini.

Majlis Setiausaha PR mendakwa, perselisihan yang timbul dalam PR itu akan dapat diatasi demi kelangsungan perjuangan PR terutama selepas ketiadaan Anwar selaku Ketua Pembangkang.


“Inilah masanya pemimpin PR di semua peringkat merapatkan saf berdepan dengan cabaran semasa,” kata kenyataan itu,

Majlis Setiausaha PR turut mendakwa PR yang merupakan gabungan parti pembangkang paling kuat dalam sejarah Malaysia akan terus dipertahankan.

Kenyataan itu turut menegaskan Majlis Setiausaha PR mengutuk keputusan Mahkamah Persekutuan menolak Rayuan Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=fQM0_iIC2Yw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori