Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Pengecaman Mayat Diketahui...

KUALA LUMPUR - Keputusan proses pengecaman mayat mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran...

Jemaah M’sia Mula Tiba...

Bumi Makkah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam,...

Pengganti PM: Mufti Perlis...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berharap Perdana...

Betapa Hinanya Mahathir Di...

KUALA LUMPUR - "Maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr. Mahathir Mohamad di...

Wanita Kesal Pemandu ‘Curi’ Parking OKU & Berlagak Sombong

Bukan sekali dua kita mendengar isu pemandu normal meletakkan kenderaan mereka di parking yang dikhaskan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).

Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Marina Suwendy memuatnaik gambar situasi yang sama yang melibatkan pemandu sebuah kereta mewah Porsche di Hospital Veterinar Gasing, Petaling Jaya.

Menurut Marina, dia telah meminta agar pemandu lelaki tersebut mengalihkan kenderaannya dari parking tersebut agar dia dapat meletakkan kenderaannya di situ bagi memudahkan dia menurunkan ibunya yang juga seorang OKU.

Bagaimanapun, lelaki bertubuh besar itu dilihat cuba menakutkannya sebelum mengarahkannya supaya mencari parking lain dan mengatakan dia tidak sepatutnya membawa ibunya keluar.

Berang dengan kesombongannya, Marina kemudian menempelak pemandu itu dengan memberitahu kesalahannya meletak kereta di kawasan itu selain tidak mempunyai hak untuk menentukan di mana dia patut membawa ibunya.

Mungkin malu dengan pandangan orang ramai yang melihat kekecohan itu, pemandu itu akhirnya mengalihkan kenderaannya.


Wanita Kesal Sikap Sombong Pemandu Porsche 'Curi' Parking OKU

parking

Alahai, tak guna rasanya kalau bawa kereta besar dan mewah kalau minda tu masih di tahap lutut!

Memalukan sungguh… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori