Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penghantar Barang Didakwa Menyamar...

TAIPING - Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

2 Lelaki Bersenjatakan Batang...

SEREMBAN - Sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Hassan di sini kerugian RM300,000...

Pemuda UMNO Tubuh Sekretariat...

PEMUDA UMNO akan menubuhkan sekretariat pemantauan harga barang bagi memantau harga barang di...

Zizan Razak Anggap ‘Gadis...

TEKA teki perihal hubungan istimewa antara Zizan Razak dengan seorang pegawai Astro yang dikenali sebagai...

Wardar Penjara Tewas Digoda, Banyak Banduan Lari

Cuiaba, Brazil – Seramai 28 banduan meloloskan diri dari penjara Nova Mutum selepas beberapa wanita memperdaya tiga wardar dengan menggoda mereka untuk mengadakan parti seks liar.

Tiga wanita – termasuk teman wanita seorang daripada banduan di penjara itu – tiba kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu dan meminta dibenarkan masuk untuk “berborak sambil minum-minum.”

Selepas berjaya memujuk wardar bertugas, mereka memujuk petugas penjara terbabit ke tempat tidur.

Ketua Polis Brasilia, Angelina de Andrade Ferreira berkata, wardar terbabit kemudian diberi arak sehingga mabuk.

“Akibat minum wiski murah dan diberi dadah, wardar pengsan.

“Wanita terbabit kemudian selamba membuka pintu pagar utama yang menuju ke lokap tahanan dan dengan mudah banduan keluar mengikut pintu depan,” katanya.

Polis menemui beg berisi baju dalam mengghairahkan – termasuk bertema ala polis – yang digunakan wanita terbabit.


Pihak berkuasa percaya rancangan itu buah fikiran Bruno Amorim, 18, yang menjalani hukuman kerana cubaan membunuh, merompak dan memiliki senjata api.

Angelina berkata, semua banduan yang melepaskan diri turut melarikan raifal, senapang, pistol dan peluru.

Tiga wardar terbabit sudah ditahan dan akan dikenakan didakwa kerana membantu banduan melarikan diri.

Lapan daripada banduan terbabit berjaya ditahan semula. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=nlI2mkzvY34

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori