SEORANG lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak seorang lelaki yang tidak dikenali dalam sebuah majlis perkahwinan di Newtownbutler, Ireland, baru-baru ini.
Penembak tersebut dipercayai merupakan bekas kekasih kepada pengantin perempuan yang cemburu melampau yang mana pada mulanya dia mensasarkan mahu menembak pengantin lelaki dalam insiden tersebut.
Namun, tembakannya itu tersasar mengenai mangsa, yang berdiri di sebelah pengantin lelaki ketika kejadian berlaku.
Menerusi laporan Metro UK, mangsa yang berusia dalam 60-an itu meninggal dunia ketika diterbangkan ke hospital dengan menggunakan helikopter kecemasan.
Menurut laporan pihak berkuasa, suspek tersasar menembak mangsa yang mana motif sebenarnya adalah ingin menembak mati si pengantin lelaki.
Walau bagaimanapun, menurut sumber daripada keluarga pengantin perempuan, mereka menafikan dakwaan perbuatan tersebut didalangi oleh bekas kekasih pengantin perempuan. – MYNEWSHUB.CC