Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PKR, DAP Gelabah.. KDN...

KUALA LUMPUR - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggelabah dengan amaran kerajaan...

Seorang Maut Letupan Bom...

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang...

KKMM Berusaha Tingkatkan Kelajuan...

KUALA PILAH - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam usaha meningkatkan kelajuan...

Beberapa Mayat MH17 Berbangsa...

SEMENYIH - Beberapa mayat daripada 12 mangsa berbangsa Cina yang terbabit dalam insiden...

Warga Emas Maut, Motosikal Dirempuh Kereta

MUAR – Seorang lelaki warga emas tidak sempat untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina apabila maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Bakariah di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, mangsa Tee Enn Num, 73, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku, ketika mangsa yang menunggang sendirian dari arah Muar menghala ke Jalan Bakariah cuba membelok ke kanan jalan memasuki persimpangan Parit Mohamad Derus.

“Motosikal mangsa kemudiannya dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini.


Menurut Azman, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bersarapan pagi di bandar ini.

Beliau berkata pemandu kereta Proton Waja yang berusia lingkungan 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis.

Mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori