Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Sukar Jawab Keputusan...

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr...

Semangat Wira Negara Tak...

KUALA NERUS - Detik menjadi sasaran pengganas Sulu yang mengacu senjata tepat ke...

Mulut Jahat Kata Lara...

NETIZEN sekarang makin banyak yang mulut longkang! Buka akaun baru, kemudian akaun tu...

Honda Malaysia Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mencipta sejarah apabila mencatatkan...

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Pasir Mas

PASIR MAS – Seorang warga emas rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya, di Kampung Jenereh, Meranti di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan I El Taraff Mohammed Zachariah berkata ketika kejadian mangsa yang juga bekas Imam Masjid Mukim Perol, Jaafar Yusof, 80, tinggal bersama isterinya.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu isteri mangsa Zijah Abdul Rahman, 65, berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan jiran.

“Anak lelaki mangsa yang baru pulang dari menjemput anaknya dari sekolah cuba memasuki rumah bagi menyelamatkan ayahnya tetapi dihalang beberapa jiran kerana ketika itu api sedang marak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

El Taraff berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu kira-kira pukul 12.58 tengah hari.

“Ketika kami tiba, hampir 80 peratus rumah telah hangus. Kami cuba mengesan mangsa selepas diberitahu ada mangsa terperangkap. Kami akhirnya menemui mangsa yang telah rentung di bahagian ruang tamu rumah berhampiran sofa tempat mangsa biasa berehat,” katanya.


Dua belas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Rantau Panjang bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.

Anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan warga emas atau orang kurang upaya bersendirian di rumah bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

Sementara itu, anggota keluarga mangsa enggan memberi komen mengenai kejadian kerana masih terkejut dan bersedih dengan tragedi itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori