Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keajaiban Pelukan Ibu, Bayi...

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada akhirnya.Hati wanita mana yang tidak...

Guan Eng Tak Macam...

KUALA LUMPUR - Kegagalan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan...

Tun Daim Cadang Muzium...

APABILA Daim mencadangkan supaya dibina Muzium koleksi beg tangan Rosmah di projek Bandar...

11street ‘Do Good Deals...

KUALA LUMPUR - 11street merupakan antara rangkaian elektronik mall (e-mall) yang paling mendapat...

Werewolf Dari Bangladesh Ada Kelainan Tersendiri

SIAPA tak kenal dengan sutradara popular Mamat Khalid. Setiap naskhah filemnya pasti membawa pelbagai mesej tersirat yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian kita.

Terkini, abang Mamat kembali dengan filem cereka terbaharu yang mengangkat tema serangan serigala dan kebanjiran warga Bangladesh di Malaysia.

Mengangkat watak Usop Wilcha yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh mengisahkan serangan serigala yang menjadi wabak di Bangladesh sehingga lama-kelamaan ia merebak ke Malaysia.

IMG_8150

Kisah bermula 20 tahun lalu, di mana watak Mirdu lakonan Saiful Apek dicakar serigala sehingga mengubah keadaan fizikal dirinya yang lama-kelamaan menjadi seperti binatang tersebut.

Disebabkan itu, masyarakat yang tinggal di perkampungan kecil yang diduduki Mirdu bersama isteri dan dua anak kembar lelakinya hampir pupus kerana sikap memburu dan membunuh manusia menebal dalam diri Mirdu yang seakan-akan persis binatang pemangsa itu.

Sampai ada satu tahap di mana penduduk di situ sudah tidak tahan dengan tindak-tinduk Mirdu dan akhirnya mereka mengambil keputusan menembak mati Mirdu, yang turut terkena pada isterinya.

Selepas kematian Mirdu, anak-anaknya, Kumba dan Kumbi pun berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki di sini bersama-sama rakan-rakan dari komuniti sama dan di sinilah watak Zizan, seorang lelaki Bangladesh bernama Pilun mencari pekerjaan di gerai Usop Wilcha dan pada ketika itulah dia berkenalan dengan gadis idamannya, Jenab lakonan Emma Maembong.

IMG_8152

Pilun rupa-rupanya menyimpan rahsia tersendiri mengenai rakan-rakannya yang lain yang tidak didedahkan sehingga pada penghujung cerita baru kita didedahkan dengan cerita yang membawa perkaitannya sesama sendiri.

Apakah yang sebenarnya terjadi, macam mana wabak serigala tersebut yang dari Bangladesh boleh sewenang-wenangnya merebak ke Malaysia?

IMG_8151

IMG_8146


IMG_8147

Jawapannya ada dalam Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac depan.

Secara keseluruhannya, filem ini menghiburkan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Penceritaannya digarap sempurna dan kami sukakan dialog-dialog sebilangan watak dalam filem ini yang secara tidak langsung bersifat sinikal tetapi menghiburkan.

Kehebatan Zizan sebagai seorang pelakon serba boleh juga menyerlah dalam filem ini.

Filem ini juga memperlihatkan bakat lakonan Emma memandangkan filem ini merupakan filem pertama lakonannya yang telah dirakamkan pada Mac 2013.

IMG_8144

Emma tidak hanya bersandarkan kepada wajah jelita semata-mata kerana dia boleh memberikan emosi yang pelbagai menerusi naskhah ini yang menuntutnya untuk beraksi cemas dan panik di kala ke penghujung cerita.

Jangan lupa untuk saksikan filem ini bermula 5 Mac nanti dan sokonglah industri filem tempatan ya! – MYNEWSHUB.CC

IMG_8155

IMG_8154

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori