Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelajar Hidup 8 Bulan...

PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat – Tanpa sebarang kemudahan asas, seorang pelajar tinggal di dalam...

Pemandu Bas Ekspres Samseng...

PADAH memandu dalam keadaan berbahaya dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, seorang...

Technology Park Malaysia Lantik...

KUALA LUMPUR - Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah melantik tiga...

H&M Tampil Model Berhijab...

DI sebalik fenomena Islamophobia di beberapa negara Barat, rangkaian gedung pakaian terkenal dunia,...

Williams Muncul Juara Piala Monsun 2015, 5 Kali AWMRT

JOHOR BAHRU – Pelayar Britain, Ian Williams mencipta kemenangan berganda dengan merangkul kejuaraan Piala Monsun 2015, sekali gus dinobat juara dunia dalam Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT) di perairan Teluk Danga di sini hari ini.

Williams meraih gelaran juara AWMRT buat kali kelima, sekali gus memecah rekod dunia dipegang pelayar Australia, Datuk Peter Gilmour yang muncul juara pada 1990, 1997, 1998 dan 2006.

Jurumudi pasukan pasukan GAC Pindar itu sebelum ini memenangi siri dunia itu pada 2007, 2008, 2011 dan 2012.

Dalam saingan final Piala Monsun, Williams dengan mudah menewaskan jurumudi Perancis, Mathiue Richard daripada pasukan LunaJets dengan kiraan 3-0.

Bagaimanapun, Williams mengesahkan gelaran dunia di peringkat separuh akhir pada sebelah pagi apabila mengalahkan Eric Monnin daripada pasukan SailBox dengan kiraan 3-0.

Piala Monsun merupakan pentas terakhir dalam siri AWMRT musim ini.

Kejayaan dalam Piala Monsun 2015 membolehkan Williams mengumpul keseluruhan 132 mata untuk mengatasi pencabar terdekat, Taylor Canfield daripada pasukan US One dengan kelebihan 11 mata.

Melalui kemenangan berganda itu, Williams, yang dibantu empat kru Gerry Mitchell, Mal Parker, Chris Main dan Graeme Spence, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM668,000 beserta sebuah piala pusingan.


Tempat ketiga disandang oleh Canfield selepas mengalahkan Monnin dalam saingan tempat ketiga dan keempat.

Canfield menerima hadiah wang tunai RM155,000 manakala Monnin pula RM140,000.

Penyampaian hadiah dan piala pusingan kepada pemenang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Williams berkata kejayaan yang dicapai itu sukar dipercayai namun berbaloi dengan usaha keras yang dilakukan beliau selama 11 tahun.

“Apabila menceburi bidang ini sepenuh masa, saya terpaksa melupakan kerjaya saya sebagai peguam.

“Saya menyimpan hasrat untuk merangkul satu gelaran dunia pada satu hari nanti…jadi menjuarai sebanyak lima kali merupakan sesuatu yang hebat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori