Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Simbol Muafakat UMNO-PAS

KUANTAN - Kehadiran Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar sebagai wakil pergerakan...

Amy Search Dedah Nabila...

BAPA pelakon Nabila Huda, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search mengesahkan anaknya bakal...

Ameng Kongsi Pengalaman Disebat...

LIMA tahun menjalani hukuman penjara akibat terjebak dalam kancah najis dadah, ternyata memberi...

PNB Agih 1.5 Bilion...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan akan memperkenalkan inisiatif baharu untuk masyarakat India iaitu...

Yana Samsudin, Hanez Suraya Memborong Kain Di Bangkok

AMBOI sakan!

Dua pelakon cantik yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi, Yana Samsudin dan Hanez Suraya dikhabarkan terbang sehingga ke Bangkok, Thailand bagi membuat persiapan hari bersejarah mereka.

Menurut laporan portal Berita Harian, kedua-duanya telah berada di sana sejak Sabtu lalu bagi membeli-belah kain.

Pemergian Yana dan Hanez turut ditemani dua pereka fesyen yang bakal menghasilkan persalinan buat hari persandingan mereka nanti iaitu Zery Zamry dan Wanpa.

[ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Nikah 13 Februari Ini]

Yana bakal mendirikan rumah tangga tanggal 13 Februari depan dengan pasangannya yang juga adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari di Yong Peng, Johor.

Zery-Zamry


Berita tersebut mengejutkan ramai kerana walaupun terdapat desas-desus tentang hubungan mereka sebelum ini, baik Yana mahupun Fadzil tidak gemar mengulas lanjut.

Sementara Hanez pula, bakal melangsungkan pernikahan dengan Romie Razin Adilha pada 14 Mac depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hanez dan Romie juga mengejutkan ramai peminat kerana melangsungkan pertunangan pada 3 Januari lalu walaupun sebelum itu, mereka dikhabarkan telah berpisah setelah melalui episod cinta penuh kontroversi. -MYNEWSHUB.CC

Yana Samsudin & Tomok, Cinta Tak Pergi (Separuh Akhir Muzik Muzik 29)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori