Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

M40 Boleh Mohon MySalam...

PUTRAJAYA - Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga...

NZ Usir Wanita HK...

WELLINGTON - Seorang wanita asing yang menyembunyikan enam biji buah lemon di dalam...

Mangsa Kedua Lemas Ditemui...

KUALA BERANG -  Tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama kes lemas...

Keluarga Minta Jenazah Dibawa...

KUALA LUMPUR - Keluarga pensyarah dan imam warga Palestin Dr. Fadi Mohammed Al...

Yang Dikebumikan Hari Ini Adalah Ulamak Yang Disegani

MELIHAT kesungguhan RTM menyiarkan secara langsung upacara pengebumian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat disertakan sekali bacaan Al-Qur’an sejak lewat tengah malam tadi, begitu juga kehadiran ramai pemimpin dan penyokong kerajaan yang bergegas datang ke Kelantan kerana tidak mahu terlepas memberikan penghormatan terakhir, maka kita faham satu perkara.

Dalam kerajaan pun, rasa hormat kepada Tuan Guru adalah amat tinggi merentasi fahaman politik.

Hari ini, yang dikebumikan bukan seorang bekas Menteri Besar atau pemimpin PAS, yang dikebumikan ialah seorang ulamak yang begitu disegani kawan dan lawan.

Tiada siapa yang datang membawa perasaan marah. Tiada siapa yang ingat mengenai PAS, UMNO, PKR atau apa sahaja…

Baik pemimpin UMNO atau mana-mana parti pun, semua melihat, mendoakan dan hadir dengan hati yang sedih.

Air mata semua orang menitik sama sahaja.

Malah kami di Mynewshub yang sering dicop ejen kerajaan pun, suasana sedih terasa sejak malam tadi lagi.

Hari ini tidak ada soal politik…sape sokong sape…


Yang ada rasa sedih perginya seorang ulamak.

Seperti kata Perdana Menteri; “Walaupun kami berbeza pendapat dan pandangan, tetapi kami berkongsi impian untuk Malaysia kekal sebuah negara Islam yang aman dan makmur,”.

Dapat dirumuskan, di mana pun pendirian siasah kita…. matlamat kita dengan Tuan Guru sama sahaja…. untuk kebaikan negara ini.

Al-Fatihah untuk tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat…

(Ketika rencana ini habis ditulis…. Talkin sudah mula dibacakan…)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori