Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cukur Rambut Bantah Pampasan

Seoul - Puluhan anggota keluarga mangsa feri Sewol yang karam di Korea Selatan...

Sultan Johor Lancar Tabung...

JOHOR BAHRU - Johor muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang melancarkan tabung...

Bina Sebuah Negara Bangsa...

TAIPING - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah bertitah membina sebuah ‘Negara...

THE FANTASTIC POTENCY OF...

Dissertation writing services are readily available online. Article writing providers purchase an article...

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

KUALA LUMPUR – Kumpulan Zero muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 selepas saingan minggu terakhir di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat.

Gandingan adik beradik Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.

Mereka menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal.

Kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dimenangi peserta solo, Nabil yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.

Kumpulan Shiro pula di tempat keempat diikuti kumpulan Bocey di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.


Hadiah disampaikan pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat.

Peserta diadili juri tetap, Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura serta dua juri luar iaitu Taufik Batisah dari Singapura dan Farah Quinn dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori