Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dalang Pembunuhan 134 Pelajar...

ISLAMABAD – Tentera Pakistan menembak mati seorang komander Taliban yang dipercayai merupakan salah...

Individu Divaksin Di Luar...

KUALA LUMPUR - Individu sudah menerima dos lengkap di luar negara perlu melaporkan...

Bunuh, Masak, Hidang Anjing...

KES petani bunuh dan memasak anjing belaan jirannya yang tidak henti menyalak sebelum...

Makanan Popular Tarikan Utama...

GOPENG - Nasi ganja Perak, kuih tradisional kuba guling Kelantan, kacang pool Johor...

Zul Ariffin Takut Ambil Tawaran Filem

PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia kini lebih mengutamakan tawaran berlakon drama berbanding filem bagi mempertahankan namanya dalam industri lakonan tempatan.

Zul, 29, berkata, sambutan yang kurang menggalakkan terhadap filem-filem tempatan membuatkan dia agak takut dan berhati-hati dalam menerima tawaran filem.

“Keadaan pasaran filem sekarang membuatkan saya takut kerana sambutan tidak menggalakkan. Banyak filem yang bagus-bagus tapi tidak berjaya menarik penonton.

“Ia risiko besar dan Isya-Allah kalau dah tiba masa yang sesuai, projek dan watak yang bagus saya akan fikirkannya,” ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, ditanya tentang watak, Zul berkata, biarpun dikenali dengan watak romantik, namun dia banyak membawakan watak antagonis sebelum ini.

Bagaimanapun, watak tersebut kurang mendapat perhatian penonton.


“Saya mula dikenali dengan watak romantik tetapi hakikatnya sebelum ini kebanyakkan watak saya adalah antagonis seperti dalam filem Penanggal dan Bikers Kental.

“Penonton tidak beri perhatian terhadap lakonan watak itu dan lebih suka saya bawa watak romantik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zul kini sibuk dengan penggambaran drama Istikharah Cinta untuk Slot Akasia di TV3. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=B0IbJ0DMFJI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori