Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Kantoi Borak Pasal Janda,...

ADUH pak imam kantoi pulak borak pasal janda dekat masjid! Habis kena kecam...

Jerebu: 6 Kawasan Di...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara hari Khamis semakin merosot apabila enam kawasan di...

Broker Jualan Kenderaan Dibebas...

PUTRAJAYA - Seorang broker jualan kenderaan bergelar Datuk, yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan...

1,000 Pelajar Terima Sumbangan...

PUTRAJAYA – Seramai 1,000 orang murid dan pelajar di seluruh negara disasarkan menerima...

#‎Kitalawan: Bendahari Pemuda PAS Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemimpin pembangkang, Fakhrulrazi Mokhtar ditahan polis bagi membantu siasatan kes perhimpunan haram #‎Kitalawan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, Fakhrulrazi yang merupakan Bendahari DPPM ditahan kira-kira pukul 2 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

“Fakhrulrazi telah ditahan jam 2 petang tadi di IPD Dang Wangi dan akan dibawa ke lokap Jinjang,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Suhaizan berkata, Fakhrulrazi terlebih dahulu dipanggil ke IPD Dang Wangi pada pukul 11.30 pagi ini bagi memberi kenyataan berhubung kes tersebut.


Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan berikutan perhimpunan haram tersebut dan ditahan reman selama tiga hari sebelum dilepaskan petang semalam.

- MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=4nM1a6Q9djU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori