Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hantar Wakil Ke Sesi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan membantu pemain profesional Zulfadli...

Rumah Perlindungan Perlu RM387K...

PADA bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kita digalakkan untuk sentiasa bersedekah kepada...

Peminat Wanita ‘Tak Tahan’...

SEKARANG apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Zul Ariffin pastinya menjadi perbualan hangat di...

Ahli Keluarga Nahas MH370...

AHLI keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak lima tahun...

10 Maut Akibat Serang Hendap Polis Mexico

MEXICO – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam serangan bersenjata di barat negara ini apabila sekumpulan penjenayah menyerang hendap pasukan keselamatan pada malam Khamis.

Ia disifatkan serangan berdarah terburuk sejak Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengambil alih jawatan pada Disember 2012.

Lima anggota polis unit baharu Mexico yang dikenali sebagai gendarmerie terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di Ocotlan, Jalisco, manakala lapan yang lain cedera, kata Suruhanjaya Keselamatan Negara dalam kenyataan sehari selepas kejadian itu.

Selain itu, dua individu yang berada di tempat kejadian dan tiga anggota penjenayah terbabit juga disyaki terbunuh.

Menurut suruhanjaya itu, unit gendarmerie ditugaskan meronda di bandar tenggara ibu negeri Guadalajara.

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan digunakan dalam serangan ke atas polis dan penyerang melepaskan tembakan menggunakan senjata berkuasa tinggi, kata suruhanjaya keselamatan itu.

Pihaknya juga mendapati beberapa penyerang dalam kejadian itu bertindak melarikan diri.


Dalam kejadian itu, polis merampas tujuh senjata api dan empat sepihan bom di tempat kejadian, serta lima kenderaan dipercayai milik penyerang, kata pihak berkuasa kerajaan itu.

Jalisco dibelenggu masalah dadah kerana generasi baru kartel Jalisco bersama kartel dadah dari negeri jiran, Michoacan, Knights Templar semakin lemah berikutan penangkapan dan pembunuhan ketuanya.

Lebih 100,000 orang terbunuh akibat kegiatan keganasan di Mexico sejak lapan tahun lalu hingga mendorong Presiden Mexico berjanji akan membawa keamanan selepas beliau mengambil alih jawatan itu.

Susulan itu, unit gendarmerie diwujudkan untuk melaksanakan usaha kerajaan membanteras gejala berkenaan.- REUTERS

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori