BUENOS AIRES – Seramai 10 orang maut apabila dua helikopter bertembung di udara wilayah La Rioja, Argentina, kata pegawai hari ini.
Agensi berita kebangsaan, Telam melaporkan sebahagian mangsa yang terkorban adalah warga negara Perancis.
“Dalam nahas ini, seramai 10 orang mati. Berdasarkan maklumat yang kami terima, tiada yang terselamat,” kata ketua keselamatan La Rioja, Cesar Angulo.
Dua juruterbang yang maut adalah rakyat Argentina manakala penumpang adalah warga asing.
Media tempatan berkata, helikopter terbabit mungkin membawa wakil media bagi merakamkan dokumentari atau program realiti.
“Salah satu helikopter ialah milik kerajaan wilayah dan sebuah lagi milik penganjur program realiti itu yang diadakan tiga tahun berturut-turut di sebuah perkampungan di Villa Castelli.
“Sumber berkata, penumpang adalah rakyat Perancis,” kata Telam. – Reuters
https://www.youtube.com/watch?v=3BfTAzJ5maQ