Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir ‘Kurang Yakin’ Manifesto...

RAGU... Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini membayangkan yang beliau ‘kurang yakin’ dengan...

Tiada Kenaikan Automatik Kadar...

KUALA LUMPUR - Tiada kenaikan secara automatik kadar tol untuk PLUS Highways kerana...

80,000 Keping Tiket Final...

KUALA LUMPUR - Kehangatan final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia...

Langgar Lari: Penunggang Maut...

LAHAD DATU - Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Km2,...

11,833 Syarikat Daftar GST Di Kedah, RM806j Dijangka Dikutip

ALOR SETAR – Sebanyak 11,833 syarikat di Kedah telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini.

Pengarah Kastam Kedah, Abdul Latif Abdul Kadir berkata, bilangan yang mendaftar GST sehingga tarikh akhir semalam melebihi sasaran 8,000 syarikat.

“Kami mengunjurkan hasil kutipan GST daripada 11,833 syarikat yang telah berdaftar adalah RM806 juta tahun ini,” katanya kepada pemberita pada majlis perlepasan operasi bersepadu GST di sini, Ahad.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat 1,300 syarikat di negeri ini belum mendaftar bagi pelaksanaan GST dan mereka akan dikesan di dalam operasi bersepadu itu.

Menurut Abdul Latif, pihaknya mempunyai pelbagai cara untuk mengesan syarikat yang belum mendaftar GST, termasuk menggunakan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Syarikat yang belum mendaftar katanya, boleh didenda sebanyak RM15,000.

Beliau berkata, syarikat terlibat telah diberikan masa yang panjang serta pelbagai ingatan, termasuk menerusi surat berdaftar untuk berbuat demikian.

Katanya, kira-kira 50,000 syarikat belum mendaftar untuk GST di seluruh negara.

Abdul Latif berkata, setakat ini CBP telah dipraktikkan 160 buah negara, termasuk negara Asia Tenggara, kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori