Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Banjir Di Johor Makin...

JOHOR BAHRU : Mangsa banjir di Johor naik mendadak kepada 7,981 penduduk daripada...

APM Pastikan Minda Rakyat...

SANDAKAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ditugaskan di dalam Zon Selamat...

Perodua Lancar Model Myvi...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model dipertingkat, Perodua...

AS Tawar Bantuan Siasat...

KUALA LUMPUR - Pihak keselamatan Amerika Syarikat (AS) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia...

12 Pati Ditahan Di 5 Ladang Di Setiu

SETIU – Jabatan Imigresen menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) di lima buah ladang di sekitar Setiu awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Ahmad Salihin Salleh berkata mereka terdiri daripada lapan warga Indonesia, tiga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 45 tahun yang tinggal melebihi had masa dan dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Dalam operasi kali ini, kita memfokuskan sektor perladangan yang lazimnya didominasi oleh pekerja asing termasuk ladang ternakan udang serta ladang tembikai.

“Kita terpaksa memecahkan beberapa pintu rumah kongsi ketika serbuan dijalankan kerana ada segelintir mereka tidak mahu memberi kerjasama dan cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ketika serbuan di sebuah ladang pembenihan udang, sebahagian PATI didapati mendirikan pondok serta rumah kongsi dalam kawasan hutan berhampiran.


Ahmad Salihin berkata pihaknya juga terpaksa meredah hutan kira-kira satu kilometer dan meredah tali air sebelum menahan dua warga Bangladesh yang gagal mempamerkan dokumen perjalanan yang sah.

Operasi yang berakhir pada pukul 5 pagi tadi membabitkan 24 pegawai dan anggota Imigresen dan seramai 153 PATI telah diperiksa.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan operasi yang memfokus kepada semua sektor termasuk perladangan, perindustrian, premis menjual makanan dan sebagainya secara berterusan dan tidak berkompromi dengan mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Kesemua warga asing yang ditahan itu dibawa Depot Tahanan Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori