Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Inisiatif BR1M Jadi Tumpuan...

SIBU - Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat, khususnya Bantuan Rakyat...

Malu Terjatuh, Presiden Zimbabwe...

GARA-GARA gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sehingga figura yang dikenali sebagai seorang...

2 Penunggang Motosikal Maut...

IPOH - Dua penunggang motosikal maut selepas terlanggar trak milik Tentera Laut Diraja...

Rakyat Mahukan Saya Terajui...

JOHOR BAHRU - "Saya melakukannya kerana rakyat sendiri yang mahukan saya datang," titah...

13 Dirawat Selepas Makan Daging Anjing Gila

MANILA – Seramai 13 orang menjalani rawatan selepas memakan daging anjing yang disahkan dijangkiti penyakit anjing gila.

Empat orang dewasa dan sembilan kanak-kanak didapati memakan daging anjing tercemar itu selepas siasatan dilakukan terhadap kes disyaki penyakit anjing gila di pinggir bandar Zamboanga, selatan Filipina, kata pakar veterinar kerajaan Mario Arriola.

Anjing yang dijalankan proses siasatan itu, mati mengejut minggu lalu.

“Kami ke tempat itu untuk menyiasat sama ada anjing itu menggigit haiwan lain. Kami memenggal kepala bangkai haiwan itu dan menghantarnya untuk diuji,” kata Arriola.

Ujian mengesahkan anjing berkenaan dijangkiti penyakit anjing gila dan beberapa penduduk tempatan telah memakan dagingnya sebelum itu.

“Kami dimaklumkan 13 penduduk, termasuk kanak-kanak memakan daging itu. Mereka tidak tahu anjing itu mati kerana penyakit berkenaan,” katanya.


Arriola berkata, tindakan pantas dilakukan sebagai usaha kerajaan untuk mengekang kematian dalam kalangan manusia akibat jangkitan penyakit anjing gila.

Menurut Arriola, tidak ada penduduk negara itu yang mati akibat penyakit berkenaan tahun lalu, kali pertama dalam sejarah negara tersebut.

Walaupun membunuh anjing untuk dimakan diharamkan di Filipina, daging haiwan itu amat popular dalam kalangan sebahagian masyarakat Filipina.

– Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori