Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Naik Sikit, Ramalan...

KUALA LUMPUR – Harapan netizen propembangkang kononnya Parlimen bakal dibubarkan jika harga minyak...

Adik Anwar Ibrahim Meninggal...

ADIK perempuan kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kembali ke...

Anak Lembu Kembar Siam...

CANBERRA - Seorang petani di wilayah Australia Barat terkejut apabila menemui bangkai anak...

Pusat Tahfiz Digesa Rujuk...

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menggesa agar semua pusat tahfiz...

China Pengeksport Senjata Ketiga Terbesar

STOCKHOLM, Sweden – China mengatasi Jerman dan Perancis sebagai negara pengeksport senjata ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Rusia, lapor sebuah badan pemikir yang beribu pejabat di sini semalam.

Laporan tahunan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) mendapati, jumlah dagangan senjata yang bernilai berbilion-bilion dolar menokok 16 peratus antara tahun 2010 hingga 2014 berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.

Mengikut perangkaan SIPRI, AS jauh mendahului dengan pegangan 31 peratus eksport senjata konvensional dunia, manakala Rusia berada di tempat kedua dengan 27 peratus.

Tiga lagi pengeksport senjata ketinggalan jauh di belakang dengan setiap negara menguasai sekitar 5 peratus pasaran dunia. China mendahului sedikit berbanding Jerman yang berada di kedudukan keempat diikuti Perancis di tempat kelima.

Tiga negara Asia iaitu Pakistan, Bangladesh dan Myanmar mengambil dua pertiga daripada keseluruhan eksport senjata China. Beijing juga menjual senjatanya kepada 18 negara di benua Afrika sepanjang tempoh tersebut.


Pelanggan utama Rusia pula ialah India yang juga pengimport senjata terbesar dunia dengan 70 peratus daripada bekalan senjata diterima daripada Moscow.

AS mempunyai jumlah pelanggan terbesar dengan Korea Selatan sebagai pengimport utama tetapi Seoul cuma merangkumi sembilan peratus daripada dagangan keseluruhan senjata Washington.

Perangkaan SIPRI dibuat berdasarkan bilangan senjata api yang dihantar dan bukan nilai perjanjian pembelian senjata. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=O1AsznelZuQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori