Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Tentera Amuk Dalam...

SUTHERLAND Springs (Amerika Syarikat) - Seorang bekas anggota tentera udara melepaskan tembakan rambang...

Thai Nafi Warga Malaysia...

BANGKOK – Polis Imigresen Thai menafikan laporan media Malaysia yang mendakwa pegawai-pegawainya menyekat...

Video: Lelaki Kantoi Buat...

SEORANG lelaki di Brazil kantoi melakukan hubungan seks dengan ekzos kereta apabila perbuatan...

Dasar Pengambilan Pekerja Asing...

IPOH - Kerajaan akan mengumumkan dasar baharu mengenai pengambilan pekerja asing di negara...

Ribut Di Gua Musang,18 Rumah & Bengkel Rosak Teruk

GUA MUSANG – Sejumlah 18 bangunan termasuk rumah dan bengkel kenderaan di Taman Gua Musang di sini rosak teruk dalam kejadian ribut lewat petang semalam.

Ribut turut mengakibatkan kerosakkan kepada beberapa buah kenderaan akibat dihempap bumbung rumah yang diterbangkan angin.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Rosksuzaimi Mat Shair, 40, berkata semasa kejadian, beliau sekeluarga sedang berehat di ruang tamu apabila terdengar petir dan guruh berdentum beberapa kali.

“Kemudian ribut mula berlaku sebanyak tiga kali dan menerbangkan atap rumah saya dan ia tersangkut di kabel elektrik dan serpihannya terjatuh ke beberapa rumah berdekatan.

“Keadaan itu menyebabkan saya, isteri dan lapan anak bergegas keluar menyelamatkan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan kami,” katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Rosksuzaimi berkata beliau sempat melihat bumbung beberapa buah bengkel tercabut diterbangkan ribut dan menghempap beberapa buah kenderaan berdekatan.


Seorang mekanik, Mohd Nasyarudin Jaafar, 37, berkata ketika berada di bengkelnya yang turut dijadikan kediaman beliau sekeluarga, bangunan itu tiba-tiba bergoyang dibadai angin kencang.

Beliau terus mengarahkan keluarganya keluar dari bengkel kerana bimbang mereka dihempap bumbung rumah.

Mohd Nasyarudin berkata beliau dan keluarganya terpaksa berlindung di celah susunan kereta di tepi bengkelnya selama kira-kira 10 minit sebelum keadaan menjadi reda.

“Banyak kereta milik pelanggan kami yang diletakkan berhampiran bengkel kemek akibat dihempap bumbung yang jatuh berterbangan ketika ribut melanda. Bagaimanapun saya bersyukur kerana semua anggota keluarga saya terselamat,” katanya.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori