Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ICERD: Rumusan Lim Kit...

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan rumusan Lim Kit Siang mengenai negara umat Islam...

‘Dia Seorang Daie’ –...

CERITA sebenar mengenai seorang wanita berjaya menghentikan tangisan seorang 'anak mat salleh' dengan berselawat...

Siak Dipenjara 10 Bulan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memiliki sebuah kereta curi milik jemaah masjid, seorang siak...

3 Maut, 3 Termasuk...

KATHMANDU - Tiga maut dan tiga lagi termasuk bekas menteri dalam negeri dan...

180 Jam Khidmat Masyarakat Tak Hadir PLKN

Melaka – Seorang gadis diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah tidak menghadirkan diri bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 siri 9/2012.

Tertuduh Florence Lim, 21, dari Taman Cheng Mutiara, di sini, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Florence didakwa sengaja tidak menghadirkan diri bagi menyertai program PLKN kumpulan 2 siri 9/2012.

Kesalahan itu dilakukannya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, jam 9.30 pagi, 1 Mei 2012.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih 3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori