Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dr Mahathir Akan Terima...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahi Ijazah Kedoktoran Kehormat...

Lintah Hidup Dalam Kerongkong...

HA GIANG – Sekumpulan doktor menemui seekor lintah hidup di dalam kerongkong seorang...

10 Maut Helikopter Tentera...

BOGOTA - Seramai 10 orang disahkan maut apabila sebuah helikopter milik pasukan tentera...

Malaysia Tuntut Semak Semula...

PUTRAJAYA - Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  ke...

19 Lelaki Ditahan Ops Dadah Di Pantai Kuala Besut

KUALA BESUT – Sembilan belas lelaki termasuk dua warga Thailand ditahan dalam ‘Ops Dadah’ yang berlangsung selama tiga jam di Pantai Kuala Besut di sini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 50 tahun, dan sedang berada di kawasan semak semasa digempur pasukan polis semalam.

“Suspek yang ditangkap terdiri daripada 16 Orang Kena Tangkap, seorang yang mempunyai kes waran tangkap, seorang kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri serta seorang lagi warga asing kerana kesalahan berkaitan dadah,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Khaled menambah ujian saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati 17 daripada mereka positif dadah.


Turut dirampas dalam operasi yang disertai 10 anggota polis itu ialah 0.02 gram dadah jenis heroin dan sebuah motosikal yang dipercayai dicuri.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori