Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bida Plat Kereta Lucu...

BEIJING - Plat-plat pendaftaran kereta yang lucu sebenarnya adalah suatu perkara biasa di...

VIDEO: Penunggang Basikal Terselamat...

SANGAT bertuah. Itulah yang dapat kami andaikan mengenai nasib seorang penunggang basikal selepas...

Rakan Bapa Saudara Nora...

SEREMBAN - “Saya ada terima maklumat daripada seorang rakan kepada ahli keluarga Nora Anne yang menyatakan...

UiTM IPT Pertama Dunia...

PUTRAJAYA - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di...

2 Adun Perak Sokong TNB Ambil Alih Integrax

IPOH – Dua anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Adun) menyatakan sokongan mereka terhadap rancangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengambil alih Integrax Berhad yang menguasai pelabuhan di daerah Lumut demi kepentingan ekonomi negeri ini.

Datuk Zainol Fadzi Paharudin – Adun Sungai Manik yang juga Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, berkata pengambilalihan itu merupakan satu bentuk pelaburan bukan untuk kepentingan TNB semata-mata, tetapi untuk kepentingan rakyat.

“Tidak timbul isu Perak menjual aset negeri seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bila TNB ambil alih, ianya memberi pulangan kepada kerajaan negeri. Saya harap perkara ini tidak dipolitikkan,” katanya.

TNB pada 9 Januari lepas membuat tawaran mengambil alih pegangan yang masih tidak dimilikinya dalam Integrax pada harga RM2.75 sesaham. Harga tawaran ini kemudiannya dinaikkan kepada RM3.25 pada 25 Februari.

Perak Corp yang mempunyai pegangan 15.74 peratus dalam Integrax akan mengesyorkan kepada pemegang sahamnya untuk menerima tawaran TNB ini pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 27 Mac ini.

Beliau berkata rancangan TNB itu adalah bertujuan untuk menguasai pelabuhan ataupun kawasan yang ada kepentingan kepada proses penjanaan elektrik negara.

Katanya, para pengkritik harus melihat pengambilalihan Integrax oleh TNB itu dari sudut kepentingan negara dan rakyat dan bukannya kepentingan individu.

“Bila kita sebut nasional, ia berkaitan dengan kepentingan negara, berkaitan dengan kepentingan rakyat. Kita perlu menolak tohmahan atau tindakan yang mementingkan diri sendiri tanpa melihat kepentingannya secara menyeluruh,” katanya.

Adun Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim pula berkata sekiranya rancangan Perak Corp untuk melepaskan pegangannya dalam Integrax kepada TNB berjaya, tidak bermaksud ia melupuskan penglibatannya dalam operasi Pelabuhan Lumut.

“Kita harus ingat yang Perak Corp masih punyai hak sebenarnya, dan masih mempunyai pegangan ke atas Pelabuhan Lumut melalui pegangannya dalam Terminal Maritim Lumut (LMT).

Perak Corp mempunyai 50 peratus tambah satu pegangan dalam LMT, manakala Integrax memegang kepentingan yang selebihnya.

Pelabuhan Lumut mempunyai dua terminal iaitu selain Teminal Maritim Lumut, terdapat juga Terminal Pukal Lekir yang mengendalikan perkhidmatan penghantaran arang batu ke stesen Janakuasa TNB Janamanjung.


Stesen Janakuasa TNB Janamanjung merupakan antara stesen jana kuasa berasaskan arang batu terbesar di Malaysia dengan penggunaan tujuh juta tan bahan bakar itu setahun.

Keperluan arang batu dijangka meningkat sekali ganda kepada 14 juta tan menjelang 2018 dengan siapnya Manjung 4 dan Manjung 5.

“Sebenarnya saya tidak melihat ia merupakan satu masalah di sini memandangkan kerajaan negeri melalui Perak Corp masih punya kepentingan, pegangan saham dan sebagainya dalam pelabuhan ini.

“Tambahan pula, apa salahnya sekiranya Perak Corp berhasrat menjual kepentingan dalam Integrax kepada TNB demi memastikan keselamatan tenaga negara terjamin?” tegas Rashidi.

Beliau menjelaskan TNB telahpun bertapak di pelabuhan tersebut sejak 12 tahun yang lalu dan merupakan pelanggan utama di Terminal Pukal Lekir.

“Penjualan pegangan tersebut bukan semata-mata untuk meraih keuntungan tetapi turut mengambil kira kesejahteraan rakyat.

“Dan rakyat hari ini harus sedar bahawa sebahagian besar daripada kemudahan disediakan oleh kerajaan adalah bergantung kepada perancangan yang rapi bukan sahaja untuk tempoh masa pendek tetapi untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Rashidi melihat perkembangan itu sebagai komitmen TNB untuk melabur secara berterusan dengan inisiatif ekonomi dalam tempoh jangka panjang dan ini adalah satu berita baik bagi pembangunan di Perak.

Katanya, sejak TNB mula operasi di Manjung, banyak perubahan telah berlaku di kawasan ini.

“Dan perubahan yang berlaku ini menyumbang kepada peluang ekonomi dan juga dalam masa yang sama kita dapat lihat pembangunan dari segi kawasan perumahan dan lot perniagaan yang dibangunkan satu persatu,” katanya.

Secara keseluruhannya melalui pendekatan terancang banyak manfaat sosial yang dapat diperoleh daripada limpahan ekonomi yang ada di kawasan tersebut, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori