Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ucapan Sinis Tun Mahathir...

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan sinis menyindir Tun Musa Hitam...

“Guide To Franchising In...

Pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan...

Petani Perlis Rayu PM...

ARAU - Lebih 40,000 petani di negeri ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri...

Mustapa Kemalangan Di Kampung...

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terlibat...

2 Ditahan Disyaki Rancang Sertai IS – KPN

KUALA LUMPUR – Dua lagi individu termasuk seorang daripada penjawat awam ditahan selepas disyaki merancang untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dua suspek itu, masing-masing wanita dan lelaki ditahan pada 7 Mac dan 19 Mac.

Katanya, wanita yang juga suri rumah berasal dari Kedah itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang selepas disyaki cuba berlepas ke negara jiran bagi tujuan menyusup masuk ke Syria.

Sementara itu, suspek lelaki berasal dari Sabah ditahan selepas dipercayai merancang untuk ke negara bergolak itu bagi menyertai militan IS.

“Suspek (lelaki) yang meninggalkan tugas sejak Disember 2012 telah menyusup masuk ke negara jiran pada awal Februari lalu untuk menyertai kumpulan militan di negara itu sebelum berlepas ke Syiria.


“Supek ditangkap ketika cuba menyusup masuk semula ke Malaysia menggunakan pasport tulen negara jiran yang diperoleh secara tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Khalid juga berkata, tujuan suspek masuk semula ke Malaysia dipercayai cuba merekrut beberapa individu di negara ini untuk menyertai kumpulan mereka.

Semua suspek katanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori