Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Tentera Iraq Perbodohkan...

SEBUAH video yang menunjukkan kebijakan seorang tentera Iraq yang berjaya memperbodohkan penembak tepat...

Mangsa Banjir Kelantan Turun...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 10,608 orang setakat...

MKT UMNO, Dewan Tertinggi...

KUALA LUMPUR: Rundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional...

Harga Gula Turun 10...

PUTRAJAYA - Harga kawalan gula turun sebanyak 10 sen sekilogram (kg) berkuat kuasa...

2 Lelaki Bersenjata Rompak Barang Kemas Bernilai RM100,000

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki bersenjatakan tukul besi melarikan satu dulang barang kemas bernilai RM100,000 dalam kejadian rompakan yang berlaku tidak sampai seminit di sebuah kedai emas di Jalan Pasar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian 12.35 tengah hari itu, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal itu memberhentikan kenderaan mereka di hadapan kedai emas tersebut.

“Dua lelaki memakai kemeja putih dan bertopi keledar penuh itu masuk ke dalam kedai berkenaan dan seorang daripada mereka bertindak memecahkan cermin pameran emas dengan menggunakan tukul besi.

“Rakannya bertindak mengaut semua barang kemas dalam dulang berkenaan sebelum melarikan diri. Kejadian itu berlaku tidak sampai seminit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat dua pelanggan dan empat pekerja dalam kedai berkenaan dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan mereka yang berada dalam kedai berkenaan tidak sempat berbuat apa-apa. Terdapat CCTV dalam premis berkenaan dan polis sedang meneliti rakamannya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Rusli berkata semakan ke atas nombor pendaftaran motosikal yang digunakan dua lelaki berkenaan mendapati ia nombor palsu.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=fEsKKM9UDuM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori