Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Wanita Australia Sertai...

SYDNEY - AUSTRALIA . Bilangan wanita muda Australia yang menyertai kumpulan militan Negara...

Kes Peniaga Bunuh Lelaki...

KEMAMAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan kes seorang peniaga yang...

AirAsia Tingkatkan Sistem Pembayaran...

KUALA LUMPUR - AirAsia merombak sistem pembayaran 'one-click', bagi memudahkan lagi ahlinya menyimpan...

Pendakwaan Diperintah Ubah Nama...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pihak pendakwaan yang...

2 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

KUALA LUMPUR – Dua lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki matawang kertas Malaysia RM100 palsu berjumlah 37 keping, minggu lepas.

Azizul Hairy Abu Halifah, 31, dan Mohd Khairul Nizam Isa, 34, dituduh secara berasingan melakukan kesalahan itu di Kbox Top Two, Jalan Kuchai Lama di sini pada 8.30 malam, 12 Mac lepas.

Azizul didakwa memiliki 27 keping wang kertas tersebut manakala Mohd Khairul Nizam sebanyak 10 keping, mengikut Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Azizul Hairy memohon dibenarkan jaminan tanpa memberi sebarang alasan manakala Mohd Khairul Nizam menyatakan bahawa dia perlu menanggung dua orang anak dan seorang isteri di kampung.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 April untuk sebutan kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Nithiya manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori