MACHANG – Dua lelaki maut termasuk seorang warga Myanmar selepas tertimbus ketika kerja-kerja pemasangan paip di Jalan Kemubu, Pulau Chondong, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 3 petang, sekumpulan empat pekerja dikatakan sedang mengorek lubang untuk pemasangan paip berkenaan sebelum tertimbus.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Machang, berkata akibat runtuhan itu, dua maut manakala dua lagi berjaya dikeluarkan. – BH Online