Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pembentangan Bajet 2015 Fokus...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2015 akan menjadi fokus utama Mesyuarat Ketiga, Penggal...

2 Beradik Diselamatkan Jiran...

JOHOR BAHRU - Dua kanak-kanak dipercayai adik-beradik berjaya diselamatkan jiran mereka daripada terperangkap...

Pakistan Tetap Perlukan Pelaburan...

WALAUPUN sebelum ini projek berbilion dolar Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) dikaitkan dengan korupsi,...

Masih Tutup Aurat, Wany...

BERTUDUNG sama sekali tidak menghalang seseorang itu untuk berfesyen asalkan ianya masih mengikut...

2 Mayat Tanpa Identiti Ditemui Di Bukit Mertajam

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam longkang besar di Jalan Perusahaan Maju 6, Bukit Tengah di sini, hari ini.

Mayat lelaki itu, yang hanya berkain pelikat, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh seorang pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ketika membersihkan longkang itu pada 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput dan berulat, polis percaya lelaki berusia 40-an itu meninggal dunia lebih 24 jam lepas.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu,” katanya ketika dihubungi Selasa.

Sementara itu, mayat seorang lelaki juga dipercayai warga asing ditemui dalam kawasan semak di hadapan sebuah rumah berhampiran tapak pembinaan di Taman Tan Sai Gin di sini, semalam.


Rusli berkata mayat itu ditemui oleh seorang pekerja kontrak yang membuat rondaan dan pemeriksaan di sekitar kawasan tapak pembinaan itu pada 4.45 petang.

“Mayat lelaki dalam keadaan terlentang itu lengkap memakai baju dan berseluar denim. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

“Tiada dokumen pengenalan ditemui,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan rakan atau anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung dua kejadian itu supaya menghubung balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori