Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelakon Porno Hiasi Kulit...

Bagi kami ini lawak.Disebabkan petugas grafik yang bertanggung jawab menghasilkan kulit buku teks...

Lepas 5 Tahun Kahwin,...

Setelah perkahwinannya dengan aktor dan pengarah teater, Adlin Aman Ramli mencecah usia lima...

Kak Girl ‘Curi’ Hati...

SUATU ketika dahulu, nama Humood Alkhudher sering meniti di bibir-bibir netizen apabila lagunya,...

RM54,000 Untuk Bayar Roadtax...

KAMI tak mampu!Bagi kebanyakan rakyat marhaen yang memiliki kereta, biaya diperlukan untuk membayar...

2 Remaja Maut Terperosok Bawah Treler

Gurun – Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sisi kiri sebuah treler sebelum kedua-dua mereka terperosok di bawah treler berkenaan di hadapan Taman Seri Utama, Jalan Raya Gurun, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.15 malam, mangsa, S Nagarajan, 19, yang menunggang motosikal Modenas Kriss

bersama rakannya, A Robin Roy, 17, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Jerai, Gurun ke majlis perasmian gereja di Jalan Kolam air, Sungai Petani.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan itu yang datang dari arah Sungai Petani telah membelok ke simpang kanan untuk meletakkan trelernya di situ.


Pada masa sama, mangsa yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh sisi kiri treler terbabit menyebabkan motosikal mereka terperosok di bawah treler menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di bawah tayar treler berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk bedah siasat. – myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori