Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Singapura Hapus Sejarah Melayu...

PADAM... Setelah berjaya 'tipu' generasi muda Singapura pasca-pemisahan Malaysia pada 1965, pemerintah republik...

Kongsi Foto Anak Tiri,...

HARAPNYA, redalah sudah kisah sensasi membabitkan Hanez Suraya dan Romie apabila selamat bergelar...

PAS Kekalkan Baiah Ke...

KOTA BHARU - PAS Kelantan akan mengekalkan pelaksanaan baiah yang dikenakan ke atas...

Pulau Pinang Mahu Lebih...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mahu kerajaan pusat membina lebih...

20 Tahun Hidup Dalam Sampah, Bapa Mahu Ubah Kehidupan

CHINA – Selepas 20 tahun hidup bergelumang dengan sampah sarap, akhirnya Yang Shongshi berharap dia mendapat sinar baru, bagi membolehkan empat anaknya yang berusia antara dua hingga 11 tahun mendapat pendidikan di sekolah.

Yang Shongshi, yang berusia 50 tahun, memilih menetap di tempat pembuangan sampah selepas dia gagal mendapatkan sebarang pekerjaan setelah berhijrah dari Shangdong ke Xinzhou, pada 1995.

Dia menemui isterinya, Li Runling, 45, yang mengalami masalah pembelajaran juga di tempat pembuangan sampah itu dan mereka kemudiannya membina rumah di situ.

SAMPAH1

Mereka hidup dengan dikelilingi sampah sarap dan segala keperluan seperti baju serta barang dalam rumah, diperolehi daripada sampah yang menimbun di sekeliling mereka.

Yang Shongshi tidak dapat menyekolahkan anak-anaknya kerana mereka lahir tanpa rekod, dan kelahiran mereka tidak pernah didaftarkan.


Semua anak-anaknya tidak boleh membaca memandangkan dia sendiri tidak boleh membaca.

“Saya tidak boleh membaca begitu juga dengan isteri saya. Kami mahukan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak kami,’’ katanya.

Selepas gambarnya disiarkan media tempatan, pihak berkuasa tempatan kini sedang berusaha mencari langkah bagi membantu Yong Shongshi sekeluarga

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=mcl0jqWwNjo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori