Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Exco Johor Dimuktamadkan Minggu...

ISKANDAR PUTERI – Rombakan barisan Exco kerajaan negeri Johor dijangka dimuktamadkan menjelang akhir...

2 Nelayan Sekinchan Dijangka...

SEKINCHAN - Dua nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Mac lepas,...

GST Terbukti Lebih Cekap...

KUALA LUMPUR - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti sebagai sistem kutipan cukai yang...

Bayaran Tanpa Tunai Di...

KUALA LUMPUR - Para peniaga dan pengunjung bazar Ramadan Kampung Baru di sini...

22 Terbunuh Dalam Serangan Di Muzium Tunisia

TUNIS – Kerajaan Tunisia berkata, 22 orang, termasuk 20 pelancong luar negara, terbunuh selepas serangan ke atas sebuah muzium di ibu negara, Tunis; manakala dua atau tiga penyerang dipercayai masih bebas.

Perdana Menteri, Habib Essid memberitahu stesen televisyen kebangsaan pada Khamis bahawa pelancong asing maut yang dikenal pasti termasuk warganegara Poland, Itali, Jerman, Sepanyol dan Jepun.

Beliau berkata, dua daripada penyerang terbabit berjaya dibunuh dalam pertempuran sengit dengan skuad polis dan pasukan keselamatan sedang memburu dua atau tiga lagi rakan mereka yang dipercayai terbabit.

Serangan terhadap Muzium Bardo yang terletak berdekatan bangunan Parlimen Tunisia lewat Rabu berlangsung ketika sesi perbahasan undang-undang antipengganas dan menyebabkan persidangan ditunda.


Kira-kira 40 pelancong lain hanya mengalami cedera ringan selepas mereka dijadikan tebusan oleh kumpulan pengganas tempatan dipercayai dari rangkaian militan al-Qaeda di rantau Afrika Utara. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori