Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rina Harun Menteri Pembangunan...

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Rina Mohd Harun hari...

MAHB Naik Taraf Sistem...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang melakukan kerja menaik taraf...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di negeri ini menurun kepada 1,888...

Tiada ‘Double Standard’ Tangkapan...

KUALA LUMPUR - Anak Menteri Pertahanan akan didakwa sekiranya laporan patologi sampel air...

23,630 Kes Denggi Di Seluruh Negara Dalam Tempoh 2 Bulan

BUTTERWORTH – Kes demam denggi terus menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 23,630 kes direkod di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 28 Feb lepas berbanding 16,053 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagi tempoh itu juga jumlah kematian meningkat kepada 62 orang daripada 29 orang bagi tempoh sama tahun lepas dengan Selangor berada pada kedudukan teratas dengan 34 kematian.

Selangor mencatatkan kes demam denggi tertinggi sebanyak 13,866 kes diikuti Perak, Johor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya manakala Pulau Pinang di tempat kelima, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau berkata usaha menangani wabak itu akan terus diperhebatkan termasuk menggempur tapak-tapak pembinaan di seluruh negara yang menjadi kawasan lazim pembiakan nyamuk Aedes yang merupakan pembawa kuman denggi.

“Selain kompaun, tindakan tegas akan diambil termasuk mengheret mereka yang mengabaikan aspek kebersihan untuk didakwa di mahkamah,” katanya.


Dalam pada itu, Dr Hilmi menyarankan orang ramai mengurangkan kegiatan luar pada musim kemarau bagi mengelak risiko serangan strok haba.

Katanya dalam keadaan cuaca kering orang ramai perlu minum air kosong dengan kadar secukupnya bagi mengimbangkan kehilangan cecair dalam tubuh seterusnya mencegah dehidrasi yang boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan.

“Dalam keadaan ini air kelapa muda juga sangat bagus diminum kerana ia bersifat istonik dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan cecair yang sedia ada dalam badan kita,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori