Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pelbagaikan Komposisi Etnik Dalam...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Majlis...

Harga Minyak Tidak Diumum...

LARUT - Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang...

Proses Bedah Siasat Jenazah...

KUALA LUMPUR - Proses bedah siasat jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle...

Laluan Basikal Runtuh Di...

Rio de Janeiro - Laluan berbasikal bertingkat yang diuar-uarkan sebagai projek utama Sukan...

25 Syarikat Pengeluar Ais Pakat Naikkan Harga Kena Denda

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 syarikat pengeluar ais dikenakan denda antara RM1,200 hingga RM106,000 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana berpakat menetapkan harga jualan tiub ais.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dr. Mohd. Khalid Abdul Samad berkata, syarikat terbabit didapati berpakat menaikkan harga ais tiub sebanyak 50 sen bagi setiap beg dan RM2,50 bagi harga blok ais dari 1 Januari 2014.

“Syarikat terbabit melanggar Seksyen 4(2)(a) Akta Persaingan 2010 dengan menyertai perjanjian yang mempunyai penetapan secara langsung atau tidak langsung ke atas harga jualan ais.

“Penetapan harga adalah satu kebimbangan utama MyCC sebagai sekatan persaingan yang jelas dalam kes penetapan harga,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Khalid mendedahkan syarikat terbabit adalah AE Ice Sdn. Bhd., Ais Ceria Trading, Ais Everest Sdn. Bhd., Atlas Edible Ice Sdn. Bhd., BNI Sdn. Bhd., Everest Aisvaram Sdn. Bhd., Fui Wah Enterprise Sdn. Bhd., Jade Tube Ice Manufacturing Sdn. Bhd., KS Trading, S.P. Edible Ice Sdn. Bhd. dan I-Bing Tube Ice Sdn. Bhd.


Syarikat lain yang terlibat adalah Kajang Crystal Ice Sdn. Bhd. dan Chuan Heng Trading (Kajang) Sdn. Bhd. (secara kolektif), KFI Coldstorage Sdn Bhd., Pacific Tube Ice Sdn. Bhd., Shukor Sakam Ais Rintik-Rintik Sdn.Bhd., Perfect Tube Ice Sdn. Bhd., SJ Ice Sdn Bhd, Sunflower Heritage Sdn Bhd., Twilight Tube Ice Sdn Bhd, Thien Nam Sdn. Bhd., Ocean Land Sdn.Bhd., Citi Ais Marketing, Dynamic Tube Ice (Nisar &Sons Sdn.Bhd.) serta Wai Mah Trading.

“Notis bagi keputusan telah dimuat naik ke dalam laman web MyCC. Untuk maklumat lanjut mengenai kes atau MyCC dan Akta Persaingan 2010, layari www.mycc.gov.my,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • denda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori