Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kambing Miliki Dua Kaki...

MESKIPUN hanya memiliki dua kaki namun kambing ini mempunyai keazaman yang tinggi dan akhirnya...

Intai, Hendap Wajar Dianggap...

PUTRAJAYA - Perbuatan mengintai atau mengendap perlu diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana boleh...

Peguam Negara Digesa Bertindak...

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menggesa Peguam Negara memainkan peranan sebagai 'penjaga' kepentingan awam...

Ahmad Shabery Sindir Pemuda...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir...

28 GRO Thailand Ditahan Di Pusat Hiburan Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR – Polis menahan 28 wanita warga Thailand yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Operasi Noda (Op Noda) di sebuah premis pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, Isnin malam.

Ketua Operasi Jabatan Siasatan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Supt Razali Abu Samah berkata dalam serbuan kira-kira 11.20 malam itu, kesemua wanita warga asing berkenaan yang berumur antara 21 hingga 31 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang dipercayai pengurus premis berkenaan.

“Ketika pemeriksaan di premis teres setingkat berkenaan, didapati premis itu menyediakan perkhimatan GRO warga asing tanpa permit yang sah dan terdapat 40 pelanggan sedang berhibur ditemani wanita warga asing itu.


“GRO itu menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM150 hingga RM200 untuk sekali perkhidmatan dengan menjadikan hotel bajet di kawasan sekitar untuk tujuan pelacuran,” katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Razali berkata premis berkenaan telah beroperasi selama lima tahun dan pihaknya telah membuat pemerhatian selama dua minggu hasil maklumat orang awam.

Katanya kesemua wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Peraturan 39B dan 11(7) Peraturan Imigresen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori