Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pertemuan Dengan Agong Selesai

KUALA LUMPUR - Hampir 30 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat meninggalkan pekarangan Istana...

JPAM Sarawak Kendali 524...

KUCHING - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak menangani 524 kes berkaitan tugasan menangkap...

Google Kini Genap 18...

GOOGLE secara rasminya hari ini sudah 'akil baligh'. Ya, syarikat gergasi enjin pencarian...

TM Perluas Unifi Ke...

MELAKA - Telekom Malaysia Bhd (TM) bakal memperluaskan liputan jalur lebar Unifi di...

3 Elemen Lonjak Malaysia Terbaik Dalam Penjagaan Kesihatan

PUTRAJAYA – Ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap empati merupakan antara elemen yang boleh melonjakkan Malaysia sebagai negara terbaik dalam penjagaan kesihatan di dunia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Untuk itu, katanya, warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah sentiasa meneruskan usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan sektor itu lebih dinamik dan teguh serta berdaya saing.

“Usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang yang diceburi hendaklah sentiasa dilaksanakan. Dalam era sekarang, pengetahuan berada di hujung jari dengan adanya telefon bimbit pintar.

“Jangan kita ketinggalan dari segi penguasaan ilmu dan maklumat terkini dalam aspek penjagaan kesihatan,” katanya dalam ucapan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kepada 767 warga KKM di sini pada Selasa.


Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata penglibatan semua warga kementerian diperlukan dengan melengkapkan diri secara dari ‘atas ke bawah’ atau ‘bawah ke atas’ bagi merealisasikan transformasi yang dirancang untuk mengekalkan perkhidmatan kesihatan yang diyakini rakyat.

“Kita perlu mempunyai semangat untuk bekerja dengan penuh integriti, telus dan bertanggungjawab. Kita mesti mempunyai semangat untuk bekerja kerana kita dipertanggungjawabkan dengan amanah besar untuk tidak mengecewakan harapan rakyat,” katanya.

Dr Subramaniam berharap anugerah khidmat cemerlang dapat menggalakkan warga KKM untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha dalam mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori