Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Tak Pernah...

KERAJAAN negeri Johor hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang bertebaran dalam laman sosial...

Guan Eng Saman Pihak...

LIM Guan Eng mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap sesiapa termasuk pihak media...

1 Kematian, 80 Discaj,...

KUALA LUMPUR - Satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan...

PM Tiba Di Thailand...

BANGKOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di Thailand untuk lawatan...

3 Lelaki Larikan Emas Bernilai RM100,000 Di Sandakan

SANDAKAN – Tiga lelaki bersenjata pistol dan parang merompak sebuah kedai emas dan melarikan emas dianggarkan bernilai RM100,000 di Taman Mawar dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata kejadian berlaku 8.17 pagi semasa tiga pekerja iaitu dua lelaki dan seorang wanita berada di dalam kedai emas itu.

Katanya dua daripada perompak itu bersenjatakan parang dan seorang lagi menggunakan pistol mengugut pekerja di kedai itu sebelum melarikan emas yang diletakkan di lapan dulang dalam kedai itu.

Ketika melakukan rompakan itu, tiga perompak itu menggunakan topi keledar bertutup penuh dan menunggang dua motosikal, katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Menurutnya tiga pekerja di kedai emas itu tidak dicederakan.


Zabidi berkata polis telah melancarkan operasi memburu tiga perompak itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di talian 089-242222 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=2CMZn4iVGys

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori