Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suspek Keganasan Sepanyol Rancang...

MADRID - Seorang anggota suspek rangkaian pengganas yang melancarkan serangan di Sepanyol minggu...

APMM Tahan 2 Nelayan...

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah menahan sebuah bot kelas...

Suri Rumah Tertipu Demi...

IPOH - Oleh kerana mahu menjamin suaminya yang dikatakan ditahan polis, seorang suri...

Kru Kapal Warga Turki...

KLANG - Seorang kru kapal MV Hamburg DW warganegara Turki maut manakala tiga...

3 Mati – Banyak Cerita Berlegar Di Kalangan Pekerja TNB

Mangsa terakhir pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang parah akibat letupan di pencawang elektrik di Taman Tan Yew Lai, Jalan Klang Lama, 23 Februari lalu, meninggal dunia petang semalam.

Allahyarham Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, yang merupakan juruteknik TNB meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, di Kuala Lumpur pada pukul 6.55 petang.

Dua rakan sekerjanya, Mohd Ruzairi Razali, 34 dan Norizan Abdullah, 59, sebelumnya meninggal dunia pada 25 Februari dan 1 Mac lalu disebabkan insiden sama.

Ini bermakna, kejadian malang itu telah meragut nyawa tiga pekerja TNB.

Kalau dilihat, ini bukan kemalangan kecil yang boleh dipandang ringan hanya kerana jarak kematian antara ketiga-tiga mangsa agak jauh.

Jika diamati, ia kejadian yang besar dan seharusnya mendapat perhatian semua anggota masyarakat dan pemimpin semua parti politik.

Seharusnya dalam situasi ini, TNB tampil mengemukakan laporan terbuka yang patut diketahui semua pihak termasuk anggota masyarakat berhubung apa yang berlaku.

Kalau TNB sendiri menyiasat, alamatnya  ada kemungkinan di penghujung nanti semuanya akibat salah pekerja berkenaan – ini tanggapan yang mungkin timbul terhadap laporan yang bakal dikemukakan.

Justeru, lebih baik jika Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air masuk campur dan melantik pihak ketiga untuk menyiasat secara telus apa yang berlaku sehingga nyawa 3 insan melayang seperti itu.

Tiba masanya juga, Pak Menteri terlibat keluar kejap dari bilik berhawa dingin dan menampakkan kesungguhan dalam kejadian ini.

Tidak ada salah pihak kementerian masuk campur tangan secara lebih proaktif kerana seperti dinyatakan, ia melibatkan kehilangan 3 nyawa.

Untuk pengetahuan kementerian, ketika beberapa pekerja TNB ditemui pihak Mynewshub, rupanya wujud pelbagai kisah di kalangan mereka berhubung apa yang berlaku dalam kejadian 23 Februari itu.

Antara yang paling hangat diperkatakan ialah keengganan sebuah hospital swasta di Lembah Pantai menerima mangsa yang dibawa ke hospital berkenaan.

Mereka berkata, hospital berkenaan menolak untuk menerima mangsa ketika mula-mula dibawa.

Entah benar atau tidak… namun ini antara sebab mengapacampur tangan kementerian dan pihak ketiga diperlukan agar siasatan rapi dan penuh dilakukan secara bebas.

Ia bagi memastikan jika benar hospital berkenaan bertindak demikian, maka ia harus ditutup sejajar dengan ketetapan Kabinet beberapa tahun lalu bahawa mana-mana hospital swasta yang tidak mahu menerima pesakit, berdepan risiko untuk ditamatkan operasi.

Ia juga penting bagi membersihkan nama baik hospital berkenaan di kalangan pekerja TNB andai perkara yang tersebar itu sebenarnya tidak betul dan fitnah.

Selain itu, kisah yang tersebar di kalangan pekerja ialah semasa kejadian, semua mangsa dibekalkan dengan baju kalis api voltan rendah sedangkan mereka melakukan kerja melibatkan aliran voltan tinggi.

“Pekerja dibekalkan dengan baju berwarna oren yang semua tahu tidak kalis api,” kata seorang kakitangan.

Gambar yang diperoleh secara eksklusif oleh Mynewshub di bawah memperlihatkan baju oren yang dipakai para mangsa hangus terbakar pada hari kejadian.


mynewshub.cc

Apakah ini sesuatu yang normal atau ada yang tidak kena dengan peralatan keselamatan dibekalkan TNB?

Kalau diikutkan cakap-cakap di kalangan kakitangan TNB, mereka sangat tidak berpuas hati dan menyalahkan baju kalis api berkenaan antara punca kejadian malang itu membawa akibat lebih buruk daripada sepatutnya.

Banyak lagi perkara dipersoalkan para kakitangan TNB seperti punca penyebab letupan dikatakan akibat shutter berkualiti rendah dan sebagainya tetapi penulis rasa, elok ditamatkan di sini sahaja kerana mesej utama adalah, TNB dan Kementerian perlu melantik pihak bebas untuk menyiasat secara terperinci kejadian melibatkan kematian 3 pekerja berkenaan.

Tidak diketahui sama ada semua kisah yang diperkatakan itu dipengaruhi emosi atau benar, tetapi tanpa sebarang siasatan menyeluruh oleh pihak yang tidak berkepentingan diperlukan supaya kebenaran tidak hilang begitu sahaja.

Andai tidak benar pun, pihak TNB harus faham bahawa apa yang tersebar itu berakar umbi dari rasa takut para pekerja mereka sendiri terhadap keselamatan diri selepas apa yang menimpa rakan mereka.

Jika perlu, TNB tinjaulah kembali SOP dan peralatan yang dibekalkan agar keselamatan pekerja lebih terjamin pada masa hadapan.

Dengan keuntungan suku pertama mencecah RM2 bilion, kebajikan para pekerja seharusnya dipertingkatkan.

Mungkin ada antara kita yang berlagak alim cakap benda nak jadi, jangan dipersoalkan.

Betul benda nak jadi… tetapi sebagai ciptaan Tuhan yang dikurniakan akal, maka kita harus berfikir, bertanya dan bertindak jika kita berasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Hari ini anak atau abang atau adik orang atau bapak yang kena… esok esok kena kat kita baru tahu….!

– MYNEWSHUB.CC

OLEH: AK-47

KESEMUA GAMBAR-GAMBAR DI LAMAN MYNEWSHUB DIBEKALKAN KAKITANGAN TNB DAN MERUPAKAN GAMBAR HARI KEJADIAN.

(DISYORKAN BACA: Mangsa Terakhir Letupan Pencawang Meninggal Dunia)

LIKE FACEBOOK MYNEWSHUB DI SINI

mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori