Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

M’sia Sedia Kongsi Pengalaman...

VIENTIANE - Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dalam pengurusan ekonomi dengan negara Asean berdasarkan...

Lelaki Hilang Ditemui Mati...

MUKAH - Lelaki yang hilang ketika menjala udang di Sungai Batang Oya, Dalat...

Lelaki Kejutkan Ramai, Bawa...

KEMATIAN yang tragis. Seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada hospital sakit mental telah...

Azwan Bro Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali...

3 Projek Agropolitan Akan Dibuka Dalam RMK-11

LIPIS – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membuka tiga lagi projek Agropolitan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 sebagai kesinambungan kepada 11 projek sedia ada yang telah dimulakan sejak 2006.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata projek berkenaan akan dibuka di Kota Marudu, Sabah; Setiu, Terengganu dan Jerantut, Pahang melibatkan kawasan seluas 3,000 hektar dan 1,000 peserta bagi setiap projek.

“Projek agropolitan ni merupakan salah satu pendekatan yang cukup berjaya dalam usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat luar bandar yang dahulu tidak ada serba serbi, sama ada peluang pekerjaan, pendapatan dan tapak rumah mereka.

“Namun, hari ini dengan menggunakan pendekatan komprehensif pelaksanaan projek pembangunan di luar bandar, kita bukan hanya menempatkan mereka di kawasan yang dahulu terbiar, tetapi juga berjaya majukan kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian dividen kepada peserta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Agropolitan Gahai, Kuala Lipis di sini Isnin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi dan Ketua Pengarah Risda Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Ketua Pengarah Jakoa Datuk Hasnan Hassan.

Katanya, ia bukan hanya dengan menggalakkan mereka bercucuk tanam menanam getah ataupun kelapa sawit, tetapi kerajaan juga membangunkan kemudahan asas seperti perumahan, dewan, tempat riadah, jalan raya yang sempurna, serta bekalan elektrik yang baik.

Langkah itu, katanya bagi memastikan pekebun kecil dapat menjalani kehidupan yang baik dan sempurna sama seperti mereka yang tinggal di bandar.


Mohd Shafie berkata, projek Agropolitan Gahai adalah contoh terbaik projek kejayaan projek tersebut dan buktinya sebanyak 417 pesertanya termasuk 80 peserta Orang Asli memperoleh dividen berjumlah RM2.4 juta.

“Ada antara mereka mendapat imbuhan sehingga RM500 hingga ke RM1,500 sebulan pendapatan dan di samping itu kalau mereka rajin menanam tanaman lain seperti betik ataupun nenas ataupun cili burung, ini sudah pasti akan meningkatkan lagi keupayaan dari segi pendapatan mereka,” katanya.

Katanya, pada masa kini terdapat 3,000 peserta projek agropolitan melibatkan 11 projek berkenaan dengan jumlah keluasan 10,429 hektar.

Dalam masa sama, beliau menyarankan agar pekebun kecil getah dan kelapa sawit di negara ini agar melakukan aktiviti sampingan penanaman kontan dan buah-buahan untuk mengimbangi pendapatan dalam situasi kejatuhan komoditi berkenaan pada masa kini.

“Dalam keadaan sawit dan getah yang agak tidak stabil, kita amat menggalakkan pekebun kecil agar terlibat dengan program tanaman kontan kerana ia merupakan langkah agar mereka dapat kekalkan pendapatan untuk tampung kehidupan seharian.

“Kalau di Sarawak kita galakkan pekebun kecil terlibat dalam penanaman lada hitam di mana lada hitam itu merupakan satu produk tanaman kontan yang harganya yang stabil dan tinggi, katanya.

Di Johor pula, katanya pekebun kecil digalakkan menanam cili kerana harga di pasaran yang mampu mencecah berbelas ringgit sekilogram. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori