Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Beri Jaminan Lunas...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa kerajaan akan melunaskan...

Pegawai TLDM Maut Kereta...

LUMUT - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila kereta yang...

Aplikasi Bayar Saman Bikin...

Kecoh berkenaan diskaun 80% pengurangan bayaran saman trafik sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi...

Dua Anggota TLDM Maut...

Simpang Pulai - Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut dalam kemalangan...

3 Termasuk 2 Pelajar Ditahan Disyaki Guna Wang Palsu

TEMERLOH – Polis menahan tiga lelaki termasuk dua pelajar kolej yang disyaki terlibat dengan penggunaan wang palsu dalam satu serbuan di Pekan Lanchang Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata hasil penahanan ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 30 tahun itu, polis turut merampas 49 keping not wang RM100 dipercayai palsu.

“Kesemua suspek termasuk seorang mekanik ditahan kira-kira jam 3.30 petang Isnin lepas semasa sedang membeli barangan di salah sebuah kedai runcit di Pekan Lanchang.

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 13 keping wang kertas RM100 yang disyaki palsu didalam sebuah beg hitam yang dibawa salah seorang suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kenderaan yang dimiliki oleh suspek berhampiran tempat itu, polis menemui menemui 13 keping lagi wang not RM100 dipercayai palsu, enam keping cakera digital video (DVD) lucah serta kulit DVD lucah yang disembunyikan di dalam sebuah buku nota di bahagian belakang bonet kereta.


Hasil soal siasat yang dijalankan, polis turut memeriksa sebuah lagi kenderaan sewa yang ditinggalkan oleh suspek di Plaza Tol Lanchang, dan menemui 23 keping lagi wang not RM100, katanya.

Zundin berkata, kesemua suspek yang berasal dari Selangor dipercayai menjadikan kedai runcit di kawasan pedalaman untuk membelanjakan wang palsu itu kerana peniaga di kawasan kampung tidak mempunyai mesin pengimbas wang.

Beliau berkata suspek ditahan reman seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan wang palsu sebagai wang tulen; Seksyen 489C Kanun Keseksaan, memiliki wang kertas palsu dan Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002, memiliki filem atau bahan lucah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori