Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Tampar Polis: Farid...

DALAM pada ketegangan terus tercetus berhubung kes penangkapan melibatkan pengarah dan pelakon Datuk...

Agong Seru Rakyat Waspada...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah bahawa rakyat Malaysia...

MB Kedah Alami Kompilasi...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disahkan...

9 Mayat Ditemukan Dalam...

MERSING - Sembilan warga asing ditemui mati lemas, manakala dua terselamat, dalam kejadian...

34 Pati Warga Asing Ditahan Di Taman Ria, Sungai Petani

ALOR SETAR – Sebanyak 34 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Kedah atas pelbagai kesalahan menerusi ‘Ops Pintu’ di Taman Ria, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata 20 lelaki dan 14 wanita berumur antara 20 dan 50 tahun ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

Beliau berkata operasi tiga jam bermula 1 pagi itu disertai 15 pegawai Imigresen telah melakukan pemeriksaan di beberapa buah rumah yang menjadi tempat tinggal PATI berkenaan.

Katanya ketika serbuan, beberapa PATI cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah dan ada yang cuba bersembunyi di dalam almari pakaian bagi mengelak dicekup penguatkuasa Imigresen.


“Kesemua PATI yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(pindaan 2002) kerana tiada dokumen dan tinggal lebih masa di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori