Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Debat Piala Tun Razak:...

SEREMBAN - Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan penguatkuasa Jabatan Hal...

Sarawak: Jumlah Mangsa Banjir...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di bahagian Kuching, Serian dan...

Bayi Dipijak Hingga Mati...

SEORANG bayi perempuan berusia 21 bulan telah meninggal dunia dalam keadaan tragis akibat dipijak...

Lelaki, 2 Wanita Sindiket...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes...

4 Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Mata Air

ARAU – Tiga buah kedai runcit dan sebuah kedai barangan elektrik musnah dalam kebakaran di pekan Mata Air di sini tengah malam tadi.

Pasukan Bomba Perlis yang dibantu Bomba Sukarela termasuk dari Kedah dapat menyelamatkan lima buah kedai yang sederet dengan empat kedai tersebut dalam kejadian itu.

Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar Firdaus Yusop 11 buah pelbagai jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 12.51 tengah malam.

“Api merebak dengan cepat memusnahkan bangunan kedai satu tingkat tersebut yang diperbuat daripada kayu, tambahan pula musim panas sekarang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Punca kejadian dan nilai kerugian belum dapat ditentukan kerana siasatan masih dijalankan, kata Firdaus, dan menambah, Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam api.


Pengusaha kedai runcit, Lai Ying Ai, 75, satu-satunya pemilik yang tinggal di premis terbabit, semasa ditemui berkata dia merasa bahang panas secara tiba-tiba semasa berada di bilik tidur di bahagian belakang kedai.

“Saya keluar dari bilik dan melihat api sedang membakar kedai saya lalu bergegas mengambil kunci dan keluar melalui pintu belakang.

“Saya tinggal sehelai sepinggang. Semua dokumen dan duit di dalam kedai habis terbakar. Seorang anak lelaki yang tinggal dengan saya pula masih ditahan reman oleh Kastam berkaitan rokok seludup,” katanya dengan penuh rasa sedih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori